Sabtu, 12 Julai 2025

Bayang Di Sebalik Cermin Episod 10: Pantulan Yang Kembali

 Setahun telah berlalu.

Aina dan Faiz kini hidup tenang di sebuah pekan kecil jauh dari kota. Rumah mereka sederhana-tanpa cermin, tanpa skrin besar. Mereka memilih kehidupan yang perlahan, jauh dari dunia pantulan.

Namun pada malam ulang tahun peristiwa itu, Aina terjaga daripada tidur.

Ada sesuatu yang dingin menyentuh jari kakinya.

Dia bangun perlahan. Bilik sunyi. Faiz masih tidur lena di sebelah. Tapi ketika dia menoleh ke arah pintu almari-yang tidak mempunyai cermin-dia perasan bayangnya di dinding bergerak perlahan... tetapi bukan mengikut geraknya.

Dia menegur perlahan, "Jangan mula semula..."

Bayang itu berhenti. Dia hilang.


Sementara itu, di kota yang jauh dari mereka, budak lelaki yang membeli bingkai kosong di pasar lambak telah menggantikan kaca cerminnya dengan permukaan reflektif murah yang dibelinya dari kedai barangan lusuh.

Dia menggantung cermin itu di biliknya. Tapi malam itu, ketika sedang menyiapkan kerja sekolah, dia terdengar suara seseorang memanggil namanya-dari arah cermin.

"Amir..."

Budak itu menoleh. Tiada siapa.

Dia menghampiri cermin dan melihat wajahnya. Tetapi pantulannya... tersenyum walaupun dia tidak senyum.


Pagi esoknya, ibunya perasan perubahan pada Amir. Dia lebih senyap, pandangannya kosong. Kadang-kadang dia bercakap sendiri di bilik, seolah-olah sedang bergaduh.

Dan setiap kali ibu Amir melihat ke dalam cermin bilik itu, pantulan dirinya akan bergerak satu saat lambat.

Malam ketiga, dia nekad membuang cermin itu ke tong sampah. Tapi keesokan pagi, cermin itu tergantung kembali ke di dinding. Tanpa sesiapa pun yang menyentuhnya.


Dalam masa seminggu, satu demi satu laporan pelik kembali muncul:

= Seorang remaja memecahkan semua cermin di rumah dan menjerit, "Mereka dah keluar! Mereka         semua dah keluar!"

= Seorang wanita tua di hospital mendakwa "anaknya yang sebenar sudah tiada, diganti pantulan yang       tak tidur."

= Beberapa pengguna TikTok mula tular selepas memuat naik video "cermin senyum sendiri" -               kononnya prank, tapi ada yang mendakwa video itu memancarkan suara yang hanya didengar           pada jam 3 pagi.


Aina membaca berita itu dari telefon milik adiknya. Wajahnya pucat. Faiz tahu apa yang bermain di fikirannya.

"Kita dah musnahkan cermin asal, Faiz... Tapi kita lupa satu perkara..."

Faiz menggangguk perlahan. "Bayang... bukan hanya dalam cermin. Ia hidup dalam kepercayaan."

Aina berdiri dan membuka langsir tingkap rumah kecil mereka. Matahari pagi memancar perlahan. Tapi dalam pantulan tingkap kaca... seorang perempuan lain sedang menatap ke arahnya dari sisi yang gelap.


Penutup:

"cermin bukan hanya kaca. Ia adalah pintu. Dan setiap pintu... akan dibuka semula bila seseorang mula percaya padanya."


Tamat siri: Bayang Di Sebalik Cermin

Ditulis oleh Sahril, penulis kisah seram dan misteri dari sabah. Ikuti episod penuh hanya di blog ini.

Tiada ulasan:

Tangga Berbunyi Jam 2:44 Pagi

Rumah pusaka itu berdiri megah di pinggir kampung kandang Ayam, sebuah kawasan pedalaman yang terletak jauh dari pusat bandaraya. Rumah kayu...